...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Semoga ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran anda. komen anda amat dialu-alukan...

Pemahaman

UJIAN PEMAHAMAN SET 1

Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Gopal    : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat    : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.  
               Eee............ngerinya!
Chan      :Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam 
               akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi.
Samat    : Apa yang peliknya Chan, Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi 
               wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian!
Gopal    : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa.masa tu barulah heboh      
               satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat   : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu.
Gopal   : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera         
              atau membunuh ular.
Chan    : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat   : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal   : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan     :Kenapa? Kamu takut ke?
Samat   : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak        
               kena masuk penjara pula!


1.            Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?

A.            Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B.            Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C.            Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D.            Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2.            Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan

A.            menakutkan
B.            menggemparkan
C.            menghairankan
D.            menyeronokkan

3.            Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali

A.            ular sawa menelan gajah
B.            ular sawa menelan kambing
C.            ular sawa menelan ayam
D.            ular sawa menelan manusia

4.            Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah   
                kerana mencedera atau membunuh ular sawa?

A.            Denda sehingga RM3 000
B.            Dikenakan hukuman penjara.
C.            Dihukum penjara dan denda RM3 000 
D.            Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5.            Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana

A.            hukumannya sangat berat.
B.            ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C.            kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D.            kita boleh dihukum penjara.



UJIAN PEMAHAMAN SET 2

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.                                                                                            Tarikh : 13 Jun 2012
_________________________________________________________________________

Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan/Puan,
Pengambilan Buku Laporan Kemajuan Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi mengambil
buku laporan kemajuan anak tuan/puan.

2.            Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak sekolah tidak lagi menyerahkan buku laporan tersebut kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah.
3. Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu bapa datang ke sekolah untuk
menandatangani buku laporan tersebut. Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru
kelas anak mereka dan seterusnya dapat berbincang tentang perkembangan pelajaran
anak-anak.
4. Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang lengkap berpakaian seragam
sekolah pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah:

Tarikh    : 22 Jun 2012
Hari        : Sabtu
Masa     : Tahun 1, 2, dan 3                            Tahun 4, 5, dan 6
                  8.00 pagi - 11.00 pagi                     9.00 pagi - 11.45 pagi
                  2.00 petang - 4.00 petang                3.00 petang - 4.45 petang

5. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami harapkan demi meningkatkan lagi
prestasi pelajaran pelajar-pelajar sekolah ini.

Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
____________________________
(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.



1.            Surat di atas ditujukan kepada

A.            Guru besar
B.            Pelajar-pelajar
C.            Ibu bapa/penjaga
D.            Tuan/puan

2.            Tujuan utama surat itu adalah untuk

A.            Menjemput ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak- anak
                mereka.
B.            Memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
C.            Menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
D.            Memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mengambil buku
                laporan kemajuan anak-anak mereka.

3.            Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

 A.           Ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan kemajuan pelajar.
 B.           Pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk ditandatangani oleh ibu    
                bapa atau penjaga di rumah.
 C.           Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke sekolah bersama ibu bapa   
                mereka.
 D.           Pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran murid - muridnya.

4.            Anak Puan Sufiah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang pada masa berikut, kecuali

A.            8.45 pagi
B.            9.30 pagi
C.            3.45 petang
D.            4.15 petang

5.            Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 . Masa yang paling sesuai  
               bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah ialah

A.            8.30 pagi
B.            11.15 pagi
C.            3.30 petang
D.            4.15 petang





                                                                                                                                    

No comments:

Post a Comment