...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Semoga ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran anda. komen anda amat dialu-alukan...

Friday 30 November 2012

LATIHAN TATABAHASA 1



BAHASA MELAYU
UJIAN TATABAHASA SET 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pemburu itu cuba ......... kera dengan menggunakan perangkap yang   
    diperbuat daripada buluh.

A.      menangkap
B.      menangkapi
C.      memerangkap
D.      memperangkapkan

2. Kebolehannya dalam permainan badminton .........apabila dia menjuarai  
    acara perseorangan di peringkat daerah.
 
A.      terserlah
B.      tampak
C.      kelihatan
D.      bermula

3. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ........ bertugas 
    di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

A.      dia
B.      ia
C.      baginda
D.      beliau

4. Bangunan baru yang dibina itu tidaklah ...........Menara Kuala Lumpur yang 
    merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
 
A.      secantik
B.      seperti
C.      setinggi
D.      sebesar

5. Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ............tanda menyerah 
    kalah setelah tempat persembunyian mereka dikepung oleh pasukan 
    keselamatan.

A.      tangan ke atas
B.      senjata berat
C.      bendera putih
D.      harga diri

6. Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap ...............semasa 
    mengadili perlawanan bola sepak itu.
 
A.      pilih kasih
B.      berat sebelah
C.      pilih bulu
D.      sebelah mata

7. ............ tiada kerja di kampung, dia pun berpindah ke bandar untuk 
    mencari kerja.

A.      Lantaran
B.      Manakala
C.      Jika
D.      Walhal

8. Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong  
    rambutnya yang panjang........... sudah beberapa kali diberi amaran.
 
A.      sekiranya
B.      sebab
C.      walaupun
D.      andai kata
  
9. Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga ..........jala dan 
    se.......... joran.

A.      buah ... biji
B.      rawan ... batang
C.      batang ... rawan
D.      longgok ... buah

10. Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di dalam  
      se.............pokok serai di belakang rumah penjahat itu.
 
A.      pucuk ... rumpun
B.      das ... buah
C.      laras ... batang
D.      pucuk ... cekak

Saturday 3 November 2012

RPH Bahasa Melayu Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun / Masa /
Mata Pelajaran
Isi Kandungan
Impak / Catatan

4 MMU
 12.00 – 01.00

BAHASA MELAYU


Tema  : Rakyat cergas negara
             maju
Tajuk  : Majulah Sukan  
             Untuk  Negara
HPU   : 6.5 aras (i)
             Menyatakan fakta
             yang relevan dengan  
             perkara yang
             dikehendaki dalam
             teks.
HPK   : 4.2 aras (i)
             Memberikan komen
             yang membina  tentang          
             sesuatu perkara.

Objektif: Pada akhir
                pengajaran dan
                pembelajaran ini
               murid-murid dapat :

1. Membaca dan mengenal
    pasti  pelbagai jenis ayat
    dan gaya bahasa daripada
    bahan sastera.

2. Menyatakan sekurang-
     kurangnya 3 fakta yang  
    relevan dengan perkara yang
    terdapat teks.

Aktiviti   :

Set Induksi:
( 5 minit )

- Bersoal jawab mengenai   
  video.
- Mengaitkan dengan isi
  pelajaran.

Langkah 1
( 10 minit )

1. Membaca teks dengan
    intonasi
    yang betul.
-  Murid diberikan petikan.
-  Murid membaca petikan
   dengan gaya dan intonasi
   yang betul.
-  Guru meminta beberapa
   orang murid membaca
   petikan dengan kuat.
-  Murid lain mendengar dan
   memberi komen mengenai
   intonasi dan nada.

Langkah 2
( 15 minit )

1. Bersoal jawab mengenai isi-
    isi penting.
-   Murid menyatakan perkara
    utama yang menentukan
    kejayaan seseorang atlet.
-   Mencari makna perkataan
    sukar dalam petikan dengan
    merujuk kamus.

Langkah 3
( 10 minit )

1. Tatabahasa

-   Mengenal pasti kata
    bilangan
    dalam petikan.
-   Membina ayat berdasarkan
    kata bilangan diberi secara
    lisan.

Langkah 4
( 15 minit )

1. Aktiviti kumpulan
    ( membina peta minda )

-  Murid dibahagikan kepada 5
   kumpulan kecil.
-  Murid membina peta minda
   berdasarkan tajuk yang
   diberikan kepada setiap
   kumpulan.
-  Pembentangan hasil tugasan
   kumpulan.

Penutup
( 5 minit )

- Murid disoal kembali
  mengenai isi pelajaran.
- Guru membuat rumusan.



SISTEM BAHASA
i)  Tatabahasa
    kata bilangan
  
ii) KOSA KATA
    acuh tak acuh,
    bekerja keras,
    tidak luntur

iii)PENGISIAN  
    KURIKULUM
    Ilmu: Kajian Tempatan

Iv) KBT
      Kemahiran berfikir
      Mengkategori
      Membuat keputusan
      Kajian Masa Depan

V)  Nilai:
      Semangat kesukanan