...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Semoga ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran anda. komen anda amat dialu-alukan...

Friday 30 November 2012

LATIHAN TATABAHASA 1



BAHASA MELAYU
UJIAN TATABAHASA SET 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pemburu itu cuba ......... kera dengan menggunakan perangkap yang   
    diperbuat daripada buluh.

A.      menangkap
B.      menangkapi
C.      memerangkap
D.      memperangkapkan

2. Kebolehannya dalam permainan badminton .........apabila dia menjuarai  
    acara perseorangan di peringkat daerah.
 
A.      terserlah
B.      tampak
C.      kelihatan
D.      bermula

3. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ........ bertugas 
    di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

A.      dia
B.      ia
C.      baginda
D.      beliau

4. Bangunan baru yang dibina itu tidaklah ...........Menara Kuala Lumpur yang 
    merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
 
A.      secantik
B.      seperti
C.      setinggi
D.      sebesar

5. Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ............tanda menyerah 
    kalah setelah tempat persembunyian mereka dikepung oleh pasukan 
    keselamatan.

A.      tangan ke atas
B.      senjata berat
C.      bendera putih
D.      harga diri

6. Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap ...............semasa 
    mengadili perlawanan bola sepak itu.
 
A.      pilih kasih
B.      berat sebelah
C.      pilih bulu
D.      sebelah mata

7. ............ tiada kerja di kampung, dia pun berpindah ke bandar untuk 
    mencari kerja.

A.      Lantaran
B.      Manakala
C.      Jika
D.      Walhal

8. Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong  
    rambutnya yang panjang........... sudah beberapa kali diberi amaran.
 
A.      sekiranya
B.      sebab
C.      walaupun
D.      andai kata
  
9. Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga ..........jala dan 
    se.......... joran.

A.      buah ... biji
B.      rawan ... batang
C.      batang ... rawan
D.      longgok ... buah

10. Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di dalam  
      se.............pokok serai di belakang rumah penjahat itu.
 
A.      pucuk ... rumpun
B.      das ... buah
C.      laras ... batang
D.      pucuk ... cekak

1 comment:

  1. Teruskan usaha murni sahabatku...jumpa aku di http://azaharjambeak.blogspot.com/

    ReplyDelete